Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma sholli `ala muhammad wa`ala ali muhammad

Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.

Jawatan Kosong Pegawai Meteorologi Gred C41

Majikan : Jabatan Meteorologi Malaysia

Lokasi : Seluruh Malaysia

Jawatan : Pegawai Meteorologi Gred C41

Kekosongan : 4 (Lelaki) | Simpanan : 20 (Lelaki)

Kelayakan Akademik : Ijazah Sarjana Muda

Jadual Gaji : RM2,317.00 - RM9,620.00

Deskripsi Kerja :
Bertanggungjawab mengeluarkan ramalan cuaca, mengeluarkan amaran cuaca, memantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan tsunami agar kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa dapat dikurangkan, menganalisis perubahan keadaan cuaca secara profesional dan mengenal pasti impak serta langkah-langkah mengurangkan impak, menganalisis carta-carta kaji cuaca dan menjalankan penyelidikan ke atas fenomena cuaca untuk mengurangkan impak cuaca buruk. Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat yang berkualiti dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan harapan stakeholders untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi rakyat dan negara.
.
Cara Memohon :
Permohonan jawatan kosong di atas boleh dilakukan secara 'online' di laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sila klik pautan link "permohonan jawatan secara online" di bawah untuk memohon jawatan tersebut.