Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma sholli `ala muhammad wa`ala ali muhammad

Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.

Jawatan Kosong Home Assistant (Babysitter / Pengasuh)

Majikan : Hayda International Sdn Bhd

Lokasi : Kota Bharu

Jawatan : Home Assistant (Babysitter / Pengasuh)

Kekosongan : Satu (1)

Kelayakan Akademik : Diploma dan ke atas

Jadual Gaji : RM 2,000.00 - RM2,499.00

Keterangan :
Tanggungjawab:
  • Menjaga kanak-kanak mengikut tugas yang diberikan (seperti sediakan pakaian seragam sekolah, pastikan kanak-kanak menjalankan aktiviti harian mengikut jadual yang ditentukan, mengekalkan kebersihan kawasan rumah, dan tugas lain-lain).
  • Memastikan memberi makan kepada kanak-kanak dijalankan mengikut cadangan oleh ibu bapa.
  • Sentiasa memantau dan memastikan keselamatan kanak-kanak, dan tidak pernah meninggalkannya tanpa pengawasan.
  • Memaklumkan kepada ibu bapa jika berlaku kemalangan, kecederaan atau jika memerlukan perubatan.
  • Memberitahu kepada ibu bapa jika terdapat sesuatu tanda awal penyakit pada kanak-kanak.
  • Sentiasa mempamerkan contoh kelakuan yang baik sama ada pertuturan, tingkah laku dan penampilan diri.
  • Menjaga privasi majikan semasa bekerja di rumah majikan.
  • Menjalankan tugas yang diberi dengan betul dan sempurna.

Keperluan:
  • Merupakan warganegara Malaysia dan berumur 20 tahun ke atas.
  • Perlu tinggal serumah dengan majikan dan boleh balik ke rumah sendiri pada hari cuti rehat
  • Keutamaan bagi yang mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) yang diiktiraf oleh JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
  • Keutamaan diberikan kepada pemilik sijil Diploma dan ke atas.
  • Mempunyai pengalaman dalam menjaga kanak-kanak adalah satu kelebihan.
  • Peribadi yang ceria, peramah, penyayang, dan penyabar terhadap kanak kanak dan keluarga.
  • Keupayaan untuk membina hubungan dengan kanak-kanak.
  • Kemahiran menyelesaikan masalah dan penyelesaian konflik yang baik.
  • Bertanggungjawab, dan menjalankan semua peraturan dan arahan yang diarahkan oleh ibu bapa.
  • Boleh bekerja jauh dari keluarga.
  • Mudah bergaul dengan majikan dan ahli keluarga majikan.
  • Tidak berkira tentang masa.
  • Bertanggungjawab mengurus dan menjaga kanak kanak dari bangun tidur sehingga tidur waktu malam.
  • Mempunyai kemahiran pengurusan masa dan organisasi untuk melakukan pelbagai tugas dan memastikan kanak-kanak mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Sentiasa menjaga kelakuan diri dengan baik sama ada pertuturan, tingkah laku dan penampilan diri.
  • Mempunyai lesen memandu yang sah.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah dan rekod pemanduan yang buruk.

Cara Memohon :
Permohonan jawatan kosong di atas boleh dilakukan secara 'online' di laman rasmi MyFutureJobs. Sila klik pautan link "permohonan jawatan secara online" di bawah untuk memohon jawatan tersebut.

Tarikh Tutup Permohonan : 03 Ogos 2022

Permohonan jawatan secara online disini