Program Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) 2019 Bidang Seni Kraf di Institut Kraf Negara (Cawangan Kelantan)
Program Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) 2019 Dalam Bidang Seni Kraf di Institut Kraf Negara.
Adalah dimaklumkan Kraftangan Malaysia akan menjalankan program perintis Persijilan Kemahiran Malaysia ( SKM ) 2019 dalam bidang seni kraf di Institut Kraf Negara bagi sesi pengambilan Julai 2019.
KEMASUKAN : 2 JULAI 2019
Pendaftaran masih dibuka.Sila daftarkan penyertaan anda di www.ikn.gov.my
Banyak kelebihan ditawarkan seperti :
- ASRAMA PERCUMA
- MAKAN MINUM PERCUMA
- INSURAN PELAJAR
- ELAUN SARA HIDUP
- BAHAN & PERALATAN BENGKEL DISEDIAKAN
JOM MULAKAN LANGKAH KERJAYA ANDA DISINI
Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama usahawan-usahawan kraf untuk mengenalpasti saudara-mara , ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang berminat dan berkelayakan untuk dicalonkan sebagai peserta perintis program ini secara sepenuh masa di Institut Kraf Negara .
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan ditalian: 09-7126266. ( En. Nik Mohd Amin/ En. Rosdi Bin Ishak / En. Mohammad Bin Salleh ).