Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma sholli `ala muhammad wa`ala ali muhammad

Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TLDM SIRI 220/19 LEPASAN SPM/SVM/SKM DAN LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TLDM SIRI 220/19 LEPASAN SPM/SVM/SKM (LELAKI & WANITA) DAN LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN (LELAKI)


KELAYAKAN AKADEMIK :
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) - Kepujian dalam Bahasa Melayu.  Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 @ 3 dalam bidang berkenaan - Kepujian dalam Bahasa Melayu (SPM/SVM)
  • Tugas Khusus – Diploma dalam bidang tertentu (Rujuk Senarai Diploma) dan Kepujian dalam Bahasa Melayu diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :
  • Warganegara Malaysia
  • Umur - 18 hingga 25 tahun pada tarikh 23 Okt 2019.
  • Taraf perkahwinan - Bujang. (Tidak pernah berkahwin).
  • Penglihatan - Jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna.
  • Tahap kesihatan - sihat, tidak cacat anggota, tiada pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tiada menghidap penyakit kronik seperti lelah dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  • Tahap Pendengaran - Kebolehan mendengar dengan baik tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran. 
  • Syarat minimum ukuran fizikal:
     - Tinggi : 1.62 meter (Lelaki), 1.60 meter (Wanita)
     - Berat : 47.5 kg (Lelaki), 46.5 kg (Wanita)
     - BMI : (Berat (kg) / (Tinggi x Tinggi (meter)), 18.0 – 25.0 (Lelaki), 18.0 – 23.0 (Wanita)
     - Beza Ukuran Dada Pernafasan : 5 sm (Lelaki), 4 sm (Wanita)
  • Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang akan diberi keutamaan. Pemohon yang mempunyai rekod jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah tidak akan dipertimbangkan. 

SIJIL AKADEMIK & DOKUMEN :
Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen ASAL seperti berikut:
  • Kad Pengenalan (MY KAD) beserta 1 salinan.
  • Sijil kelahiran pemohon beserta 1 salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan (MY KAD) ibu dan bapa - 1 salinan.
  • Sijil berhenti sekolah beserta 1 salinan.
  • Penyata Sijil SPM/SVM/SKM/Transkrip Diploma beserta 1 salinan.
  • Pemohon diwajibkan membawa sampul Pos Ekspress.

KEISTIMEWAAN :
  • Gaji (Termasuk Elaun Khidmat, Insentif Khas ATM)
     -  Perajurit Muda (6 Bulan):  RM 1,774.00
     -  SPM/SVM/SKM:  RM 1,879.00
     -  Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus):  RM 2,341.07
  • Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan) – Elaun Perumahan, Insentif Penerbangan, Insentif Sabah/Sarawak/Semenanjung, Perjalanan ke Tempat Bertugas dan Elaun Khas Pasukan Khas Laut.
  • Keistimewaan Lain – Sajian dan tempat tinggal, rawatan perubatan dan pergigian, pakaian seragam, waren perjalanan tahunan, caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera, cuti tahunan dan peluang melanjutkan pelajaran melalui Skim Pengajian Tinggi secara percuma.
  • Kenaikan Tahunan - Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat.

SENARAI DIPLOMA KEJURUTERAAN (TUGAS KHUSUS) :
  • Electrical and Electronic Engineering
  • Electrical Engineering (Mechatronics / Green Energy / Industrial Electronic / Power / Electronic / Control and Instrumentation)
  • Electronics Engineering (Communication / Control)
  • Engineering in Electromechanical Installation and Maintenance.
  • Engineering in Mechanical Design and Development.
  • Engineering in Electronic Communication (Marine).
  • Engineering in Aircraft Maintenance.
  • Engineering in Microelectronic.
  • Mechanical Engineering (Automotive / Automation / Refrigeration & Air Conditioning / Manufacturing / Automotive Manufacturing Design / Product Design / Material).
  • Mechatronic Engineering.

PUSAT PEMILIHAN :
  • Waktu Pendaftaran : 8.00 – 8.30 pagi.
  • Pakaian semasa temuduga: Pakaian sukan dan berkasut sukan.

Zon Pantai Timur
    - 2 Jul 19 : MSS Desa Pahlawan Kota Bharu, Kelantan

NOTA :
  • Calon dinasihatkan bersarapan dahulu sebelum hadir temuduga.
  • Hadir pada masa yg ditetapkan.
  • Calon yang hadir akan melaksanakan ujian asas kecergasan.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :
Markas Tentera Laut, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia – Khidmat Bantuan, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR
(Untuk perhatian: Sel Pengambilan LLP)

(Email: pengambilantldm@navy.mil.my

Tel: +603-20713303 / 3177

SILA LAYARI LAMAN SESAWANG WWW.NAVY.MIL.MY UNTUK MAKLUMAT TERKINI PEMILIHAN